Wednesday 19 October 2011

epi bzday to me..!

epi bzday to me..
epi bzday to me..
epi bzday to me..
epi bzday to me..
hahaha..

Sunday 16 October 2011

di hati ku...

untaian kata mesra
dan seribu puisi yang kupunya
x mampu menyaingi indah wajahmu..
kau adalah keindahan 
yang menghiasi duniaku..
memandangmu..
aku berharap waktu berhenti..
menyentuhmu..
seperti menyentuh sesuatu yang rapuh..
tapi sangat berharga..
kau adalah jejak..
yang mengiringi langkah ku..
kau adalah detak 
yang iringi jantungku..
kau adalah air mata
yang mengiringi tangisku ..
kau ada dihatiku..
dan selamanya selalu di hatiku..

Sunday 9 October 2011

Ya اَللّهُ

Pimpinlah Aku
Tuhan! Jika aku masih boleh sujud kepada-Mu,
Menunjukkan Engkau masih memanggil aku,
Engkau masih lagi membenarkan aku membesarkan-Mu,
Cuma aku sahaja tidak pandai beradab dengan-Mu,
Aku hamba-Mu memang tidak pandai beradab dengan-Mu,
Di dalam tidak pandai beradab pun,
Engkau masih sudi menjemput aku,
Begitulah rahmat dan kasih sayang-Mu,
Hanya aku sahaja tidak pandai menerima rahmat-Mu itu,
Tuhan! Ajarkanlah aku lagi bagaimana beradab dengan-Mu,
Agar aku dapat bersopan sesuai dengan kebesaran-Mu,
Aku takut setiap kali aku menyembah-Mu,
Aku derhaka dengan-Mu tanpa disedari,
Tuhan! Ampunkanlah aku,kalau aku tidak pandai membesarkan-Mu,
Maafkanlah aku jika aku tidak pandai beradab dengan-Mu,
Begitulah aku hamba-Mu yang lemah lagi hina ini,
Selalu sahaja tidak beradab dengan-Mu,
Kerana itu janganlah sampai,
Engkau putuskan hubunganku dengan-Mu,
Teruslah Engkau panggil aku mengadap-Mu,
Aku pula cuba membaiki hubunganku dengan-Mu,
Pimpinlah aku lagi agar aku pandai membesarkan-Mu.

muhasabah diriku..

termenung aku mengimbau masa lalu,
Mengamati rentetan kehidupan,
Mencari secangkir sinar keluhuran,
Buat bekalan di akhir penantian masa.
Menapak aku di bumi-Mu ini dengan penuh leka,
Lalai aku dalam menunaikan tanggungjawab,
Aku cuba bertahan di pasak kesabaran,
Tetapi rapuh dihempas taufan kehancuran.
Setiap detik yang mendatang menyentap benakku,
Mampukah aku meneruskan perjalanan,
Meredah belukar kebal duniawi,
Agar aku bertahan sehingga ke laluan kemanisan ukhrawi.
Ya Allah yang Maha Mendengar,
Berikanlah aku cahaya petunjuk-Mu,
Pandulah aku yang masih buta di dalam cahaya,
Masih teraba-raba di laluan yang rata.
Ampunkanlah segala dosaku Ya Rabbi,
Hanya Engkaulah yang Maha Pengampun,
Kurniakan aku kemanisan Cinta-Mu,
Agar aku diizinkan mencium haruman syurga-Mu.

kisah pertunanganku..

Pada 19 0ktober yang lalu, aku telah dikhitbahkan dengan seorang hamba Allah. 
Selama ini, aku tidak pernah mengharapkan insan itu.
Namun, hari ini dia telah menjadi tunangku. 
Seorang wanita yang sederhana mendapat lelaki yang sangat taat pada Tuhannya? 
Bukankah itu adalah satu bonus buatku?
Setiap hari, walaupun kami tidak pernah berkomunikasi sama ada berhubung melalui telefon bimbit, 
email ataupun berjumpa, namun dirinya tetap setia denganku.
Begitu juga dengan diriku. 
Tidak pernah sesekali untuk aku berubah hati mencintai orang lain selain dari dirinya. 
Masya-Allah.
Siapa dirinya?
Setiap hari, apabila mengingati dirinya, aku terus-menerus sentiasa ingatkan Allah. 
Apabila teringatkan dirinya,
aku bersemangat untuk mengisi masa lapangku dengan beribadah kepada Allah
tidak kira siang ataupun malam.
Apa yang ada padanya?
Semakin kuat untuk sahabat mengenalinya bukan?
Seperti yang saya katakan, dialah seorang hamba Allah yang sangat taat kepada-Nya. 
Kadangkala aku terasa takut dan gementar menunggu masa untuk kami dinikahkan.
Mungkinkah esok?
Mungkinkah bulan hadapan?
Ataupun mungkinkah tahun hadapan?
Masya-Allah, 
Allah sahaja yang mengetahui perasaan aku.
Masih mencari siapa gerangan tunanganku?
10 saat untuk kamu berfikir dan cuba teka...
Masa sudah tamat, tiada?
Dialah malaikat IZRAIL...
19 Oktober 1989 yang lalu,
aku dilahirkan dan langsung aku bertunang dengannya. 
Tanpa aku minta.
Dialah hamba Allah yang sangat taat kepada Allah, 
berzikir tidak henti-henti memuji Allah dan mematuhi segala arahan Allah.
Entah bila malaikat Izrail datang mengambil nyawaku, 
esok?
Minggu hadapan? 
Bulan hadapan? 
Tahun hadapan?
Oleh sebab itu, aku sangat takut dan gementar akan kehadirannya.
Oleb sebab itu juga, apabila teringat akan bila tarikh keramat itu, 
aku sibukkan diri kepada Allah, 
membuat persiapan untuk hari yang mendatang.
"Ya Allah, aku mohon matikanlah aku dalam pengakhiran yang baik, 
dan jauhilah aku dari pengakhiran yang buruk."
Amin Ya Rabbal alamin...

Friday 30 September 2011

Ya اَللّهُ


Ya اَللّهُ, mengapa wanita sering menangis?

Jwbnya: Kerana wanita itu unik.
Aku ciptakan ia sbg makhluk istimewa,

... *KU kuatkan bahunya utk menjaga anak2nya,
*KU lembutkan hatinya utk memberi rasa aman,
*KU kuatkan rahimnya utk menyimpan benih manusia,
*KU teguhkan peribadinya utk terus berjuang saat yg lain menyerah,
*KU beri dia naluri utk mencintai anak2 dlm keadaan apapun,
*KU kuatkan batinnya utk ttp menyayangi walau dikhianati oleh teman, walau disakiti oleh "orang" yang ia sayangi

Wanita mahluk kuat, tapi jika satu saat dia menangis itu kerana KU beri dia air mata utk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru.

"WANITA..KAMU ISTIMEWA"

Wednesday 28 September 2011

rindu nyer kat awk..

rindu nyer kat awak afiq safwan..
lately ni awk sibuk..
kalo msg pon sket2 ja la..
uhuuhuuhu..
sy rindu awk....
sy sunyi bila awk jarang msg sy..
cepat la siapkan kje2 awk..
nanti sy x sunyi dh laa..
huhu
rndu sgt2..!

Wednesday 21 September 2011

renungan~

renungkanlah..
wahai isteri..
pernikahan dan perkahwinan membuka tabir rahsia..
suami yg menikahi kamu..
tidaklah semulia Muhammad S.A.W.
tidaklah setaqwa Ibrahim..
pun tidak setabah Ayyub..
ataupun segagah Musa..
apalagi setampan yusuf..
justeru suami mu hanyalah lelaki akhir zaman..
yang punya cita-cita
membangun keturunan yang soleh
pernikahan atau perkahwinan 
mengajar kita kewajiban bersama..
suami menjadi pelindung..
kamu penghuni nya..
suami adalah nakhoda kapal..
kamu pelayar nya..
saat suami menjadi raja..
kamu nikmati anggur singgah sana nya..
seketika suami menjadi bisa..
kamulah penawar ubatnya..
seandainya suami berkata-kata yang lancang..
sabarlah memperingatkannya..
pernikahan ataupun perkahwinan
mengajar kita perlunya iman dan taqwa..
untuk belajar meniti sabar dan redha Allah..
kerana memiliki suami yg tidak segagah mana..
justeru kamu kan tersentak dari alpa..
kamu bukanlah khadijah
yang begitu sempurna di dalam menjaga..
pun bukan lah hajar yang begitu setia dalam sengsara..
cuma wanita akhir zaman..
yang berusaha menjadi solehah..





Sunday 18 September 2011

kenangan di ikm lumut (stud 07-09)

Terkenang sebuah memori lalu
Kisah persahabatan kita bersama
Di dalam satu pengajian
Menuntut ilmu dan pengalaman
Mengingatkanku pengorbananmu
Terpahat padu di kalbuku

Bersama rakan taulan dan guru
Tawa riangmu menghiburkan hatiku
Indahnya suasana ketika itu
Terjalin ukhuwah sejati

Nasihatmu sungguh bermakna bagiku
Mengenalkanku erti kehidupan
Susah payah kita hadapi bersama
Itulah asam garam dalam kehidupan

Ya Tuhanku tabahkan hatinya
Kuatkan semangatnya untuk menghadapi hidup
Limpahkanlah maghfirah dan kasih sayang-Mu
Agar hidupnya sejahtera di dunia akhirat














Saturday 17 September 2011

miss u all.. ex student 6 mawar SKTJ

ttbe lak rs rindu ngan kwn2 msa sek rendah dlu..
ape la diowg ngah wat kn..
bila kite suma nak jumpa lg..
cam reunion ari tu..
even x semua dpt dtg..
tapi best..
mcm2 kte borak..
yela lpas 10 taun baru nak kumpul smula kn..
ape pon korg suma tetap happening..
sama mcm dulu..
hopefully nnt kte dpt jumpa lg..
bkumpul ramai2..
syg korang suma..






Friday 16 September 2011

awak.....

awak..
sy syg awk..
sy dah betul-betul syg kan awk..
awak..
bila sy mula syg kan awk..
sy ikrar pada diri saya..
hanya awk seorang yang sy syg..
sampai akhir hayat sy..
awak..
saya rindu awk..
awak ...
saya x kuat..
bila jauh dgn awk..
sy menangis teringatkan awk..
awak..
sy nak awak tahu..
sehingga ke detik ini..
saya rindu kan awk..
saya sayang kan  awk..
saya perlukan awk..
saya cintakan awk..
sampai nafas terakhir saya awk..




Thursday 15 September 2011

puisi cinta,,,

cinta adalah sebuah kata yang sederhana dengan ribuan makna..
cinta hadir disetiap hati manusia..
cinta hadir untuk memberikan kebahagiaan..
walau kadang menghadirkan kesedihan dan kesepian..
cinta kata yang x pernah bosan untuk dibahas dan diceritakan..
cinta kata yang indah kadang menakutkan..
cinta menjadi alasan insan untuk bertahan..
cinta diciptakan dengan keagungan..
namun x akan mengalahkan keagungan penciptaNya..
cinta hadir untuk makhluk nya yg paling mulia..
cinta dicipta untuk menemani manusia..
cinta hadir bukan untuk memperbudakkan hambanya..
cinta..
cinta x kan habis kata untuk menggambarkan nya..
tak kan pernah cukup waktu untuk mencatatkan sejarahnya..

rintihan doaku..

Bismillahhirrahmanirrahim..

Ya Allah..
kalau dia memang jodoh ku..
jodohkanlah..
tapi kalau bukan dia jodohku..
jodohkanlah juga..
Ya Allah..
jika dia tidak berjodoh dengan ku..
maka jadikanlah kami jodoh..
kalau dia bukan jodohku..
jangan sampai dia dapat jodoh yang lain..
selain diri ku..
Ya Allah..
kalau dia tak bisa dijodohkan denganku..
jangan sampai dia dia dapat jodoh yang lain..
biarkan dia tak berjodoh seperti diri ku...
dan di saat dia tidak memiliki jodoh..
jodohkanlah kami kembali..
kalau dia berjodoh dengan orang lain..
putuskanlah!!
jodohkan lah diri nya dengan diriku..
jika dia tetap menjadi jodoh orang lain..
biarkan orang itu ketemu jodoh yang lain dahulu..
dan kemudian jodohkanlah kembali dia dengan aku..
aku mohon sgt2 Ya Allah..
perkenankanlah doaku Ya Allah..
Amin...Amin..Ya Rabbal A'lamin..

utk mu..

tersenyumlah saat kau mengingat ku..
kerana saat itu aku amat merindui dirimu..
dan menangislah saat kau merinduiku..
kerana saat itu aku tidak berada disamping mu..
tetapi..
pejamkanlah mata mu itu..
kerana saat itu aku akan terasa ada didekatmu..
kerana aku telah berada dihatimu selamanya..

Sunday 11 September 2011

doa ku...

Ya Allah..
redhakan lah aku dgn ape yg tlh Engkau tentukan utk ku..
sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui..
sedangkan aku tidak mengetahui..
jika sudah tertulis dia bukan jodoh ku..
maka Engkau buangkanlah perasaan yg ade dlm hatiku ini..
jika dia jodoh ku..
maka Engkau lahirkan lah perasaan cintaku pada dirinya..
Ya Allah..
jika benar aku bukan tercipta dari tulang rusuk kiri nya..
maka aku akan redha..
Engkau tentukan lah yg terbaik untuk ku..
jika Engkau sedang mngujiku..Ya Allah..
maka permudahkanlah ujian ini..
aku tau sesungguhnya
Engkau tidak akan menguji hambamu itu
melampaui batas kemampuannya..
Ya Allah..
peliharalah hubungan kami..
kekalkanlah hubungan kami..
semoga hubungan kita berlanjutan sehingga ke hubungan yg halal..
dan seterusnya ke akhir hayat..
jika di izinkan oleh Mu.. Ya Allah..
satukanlah kami di dunia dan di akhirat kelak..
sesungguhnya kami memohon keredhaan Mu..
Ya Allah..
tentukanlah yg terbaik untuk hubungan kami..
dan satukanlah hati kami selama nya..
amin Ya Rabbal A'lamin...

sy perlukan awk...

awk..
sy perlukan awk..
ingat x msa mula2 kte knal dlu..
sy masih ingat semua tu..
sy x pernah lupa detik2 perkenalan kita..
sy yang mula2 tgur n mcg awk kn..
sy tertarik sgt ngan awk..
even blom jumpa n kenal..
cam de chemistry jaa..
bila awk bls mcg sy..
epi giler sy msa tu..
lepas tu kte makin rapat kn..
kte slalo ja mcg2 n kol kn..
bila dh lama2 knal..
sy ajak awk jumpa..
awk pun sudi jumpa sy..
kte pun decide jumpa kat tempat awk..
even kte jauh..
sy sanggup dtg kn..
awk ambik kte kat stesen bas kn..
masa tu awk pakai bju putih..
awk dtg ngan kwn2 awk..
sy nervous sgt masa tu..
sy x tau nak cakap ape..
sy jadi x tentu arah..
pastu awk bwk sy g makan..
byk ari sy dok sne..sonok sgt..
so sweet..
lpas dari ari tu kte makin bertambah rapat..
kte pun pnh gadoh kn..
mcm ape je...
x nak contact laa..
tp still contact smp hari ni kn..
tp suma tu dugaan msa bcnta kn..
suma tu ajar kte agar lbih bsabar dlm tmpuh ari2 mdtg kn..
sy akan ingat kenangan kita smp bila2..
pcayalah sy x kn pernah lupa awk..
awk jgn lupa sy ye..
sy syg awk.. afiq safwan..

Friday 9 September 2011

uNtukMU aFiQ saFwAn...

mula2 sy knal awk..
sy trus jtoh ati ngan awk..
sy ske sgt ngan awk..
akhirnya sy dpt miliki awk..
skunk kte couple daa..
tQ awk..
sy slalo luahkn prsaan ngan awk..
dan sy pun gmbira ble awk pun cam tu gak..
sy gembira awk dah hadir lam hdup sy..
sy jnji sy akan jd yg terbaik utk awk..ok..
kdg2 ape yg sy buat smata2 nak tgk awk gmbira x mnjadi..
sy cuma buat yg tmampu utk hiburkan awk..
sy mtk maap if awk x happy..
sy akan perbetulkan kelemahan diri sy..
sy  x prnah rs bcinta mcm sekarang ni ..
sbb tu lah awk org yg special tau..huhu..
maafkan sy..
sy akan cuba jadi org yg sntiasa mjaga awk..
sy harap..sylah org nya yg akan hidup bersama awk 1 ari nnt..
berpayung dgn mu..bteduh denganmu..
di mahligai indah yg kita bina atas nama cinta..
sy x kisah if sy kan slalo ada ngan awk..
slalo jd pdamping awk ble awk perlukan sy..
sy wat cmni cuma utk org yg sy syg ja..
awk lah orang nya..
sy harap..cinta..rindu..sayang sy smp bila2..amin~
sy sggup buat ape ja asalkan awk happy dgn sy..
awk jgnlh sedih tau..
sy akan pegang janji sy..
seronok nya kluar dgn awk..
tp sy x ske la ble kte gadoh..
sy tkot sakitkn hati awk..
sorry awk..awk jgn la risau ye..
dah stahun lbih daa..
syg sy makin bertmbah2 kat awk..
x pernah kurang sket pun..
sy akan jaga awk..
sy akan sayang awk..
sy akan cinta awk..
sy akan rindu awk..
buat selama-lamanya..
insyaAllah~




kenapa sy syg awk..afiq

knapa sy syg awk..
sbb awk adalah sumber inspirasi sy..
awk adalah cinta terindah 
dari Allah..
apa yg istimewa nya awk?
dalam berjuta permata..
tiada apa dapat menilai..
betapa istimewanya awk..
saya hargai awk..
awk nak tahu di mana awk di hati saya?
apa yang perlu awk tahu..
awk sntiasa ada dihati sy..
kerana awk adalah anugerah dari Allah..
tiada karya seindah awk..
awk kna tahu..
i love u..4 ever..
saya harap awk juga cintakan sy..
harap sy x tpuk sblh tgn..
sy cintakan awk..
sepenuh hati sy...
dengan penuh keikhlasan..




Tuesday 6 September 2011

afiq safwan...

awk..
sy sayang awk..
sy x sanggup khlngan awk..
awk..
cinta sy..rindu sy..
cuma untuk awk..
awk sbhgian dari hdup sy..
sy lemah awk..
kalau awk x de kat sisi sy..
awk..
sy perlukn awk dlm hdup sy..
sy slalu doa..
biar la awk jadi cinta t'akhir sy..
dan sy jd cinta t'akhir awkk..
awk..
jgn prnah sia2 kan sy..
sy syg awk sgt afiq safwan..



7 syawal

i'm back..
letih nyer dok lam bas..
jauh gak kn pahang..
3 ari dok sne..
ok laa..
huhu rindu la pulak kat dia..
tah bila lak nak dpt jmpa lg nnt..
wait n see ja laa..
so skunk misi utk bkrja lak..


Friday 2 September 2011

4 syawal

esok dah nak btolak g pahang
barang2 suma x packing lg..
lama dah rs x jalan jauh naik bas..
takot pon ade..
hoho..
6hb bru balik perak smula..
lama gak la tu kn dok sne..
ok miraa..
get ready yupp..
jgn lupa bwk brg yg pnting2..
tiket bas tu jgn lupa..hoho..
so pahang..
i'm coming..
wait for me yeahh..!



Thursday 1 September 2011

DIA kehilangan orang yang SANGAT mencintai nya...

jangan sesekali hadir dalam hati seseorang kalu ia hanya akan menghancurkan perasaan nya..

jangan pernah menatap mata nya jika semua yang kamu lakukan hanya kepalsuan belaka..

perkara yang paling kejam adalah membiarkan seseorang mencintai dirimu sedangkan kamu tidak mencintainya..

"satu hari..sesorang yg sedang putus cinta menangis ditaman..datang seorang ahli falsafah bertanya pada nya,kenapa kamu menangis..?

orang tu pun mjawab..aku sgt sedih..kenapa dia tinggal kan aku?

lalu ahli falsafah itu pun tertawa sambil berkata, kamu bodoh sekali!

lalau orang itu pun mjawab.. kenapa berkata begitu..aku sedang putus cinta dan sudah cukup menyedihkan..tak pa lah kalau kamu tak mahu memujuk..tapi jangan lah tertawakan aku..

bodoh..kamu tak perlu sedih..seharusnya dia yang perlu bersedih,kata ahli falsafah..

kenapa dia perlu bersedih..bukan kah dia yang meninggalkan ku..?

kata orang itu..kamu hanya kehilangan orang yang tidak menyintai dirimu..tetapi dia kehilangan orang yang sangat menyintai diri nya,jawab ahli falsafah itu..

jangan tertarik kepada seseorang kerana paras rupanya..sebab keelokan paras akan menyesatkan..jangan pula tertarik kepada kekayaan nya..kerana kekayaan dpat memusnahkan..tertariklah pd seseorang yg dpt mmbuatkan kamu tersenyum..hanya senyuman yang akan membuatkn hari2 gelap mu menjadi cerah..





aku rindu pada mu..

Kasih…
Bila malam melabuhkan tirainya hatiku menjadi sayu..
Rindu dendam terhadap mu semakin terasa..
Terasa kehangatan airmata menitis dipipi bila kerinduan semakin tidak terbendung..
Kekasih…
Hanya bulan pengubat rindu ini..
Seperti yang pernah aku katakan kepada mu..
bilamana kau merindui ku pandang la bulan dan seru la nama ku..
Kerana ketika kau merenung bulan disana aku juga sedang merenung bulan disini..
Bila sang bulan menunjukkan dirinya ketahuilah kasih ketika itu rinduku pada mu sedang memuncak..
Ingin aku menjatuhkan diri dalam dakapan mu..
Pastinya hangat sekali..
Kasih bila bulan tidak hadir di langit sana bukan bermakna aku tak rindu kepada mu..
Tetapi mungkin bulan terlalu cemburu melihat betapa aku mencintai dan merindui dirimu..
Kasih…
aku rindu pada mu…

Tuesday 30 August 2011

raya..!








pjam clik pjm clik dah abis pun bolan posa kan..kejap ja rasa..ari ni dah 1syawal..persiapan raya ok2 jer..xde meriah mna pun..stakat yang ade..lagipun bila dah besar ni raya dah x cam dlu lg..kecik2 dlu sonok laa..g raya mrata tmpt..siap bwk geng kn..ehehe..kalo ingat balik msa kcik2 dlu sonok nyer..duit raya tiap2 umah g kutip..kadang2 sian kat tuan rumah..jamu mcm2 mknn..tp x de nye nak di jamah..bukan ape kn..raya2 ni la nak kumpul duit byk2 kn..yelaa..kanak2 lg kn msa tu..dpt 50sen pun dh bangga..tp bila dh besar ni tgk ragam bdk2 rs klakar ja..mna tak nyer..dtg siap ckp kami dtg bkn nak mkn kuih rya,kami nak duit raya ja..haha..bru laa aku paham cam na la rsa makcik2 yang aku ngan kgkwn msa kcik2 g brya umah diowg dulu..tp ape nak kisah kn..bdk2..diowg bkn tau ape..cakap suma nyer jujur lg..ape pun time knak2 mmg the best la bila time raya..! to adik2 yang nak dtg brya umah akak..korang jgn la mtk duit raya ye..sbb akak dah sememang nyer pokai bulan2 syawal ni..ehehehehe jgn mare eik.. :P
  taun ni raya smbut biasa2 ja..x meriah mna pun..ala kadar ja..pagi2 raya lepas bsalaman ngan mak along n adik..kitowg g kubur ziarah kubur arwah abah ngan adik syuhada..sebak rasa ja rs ati..kita yg hdp ni tah bila lak pulak nak smp msa kn..pas balik dr kubur trus gerak g umah tok sbelah abah..ramai sdra mara yg balik kumpul sne..ade la wat mkn2 sket..byk jgk la rumah yg g braya kat2 area situ..ptg lak balik beraya kat umah tok sblh mak..x sangka dh beso2 dpt duit rya lg..ehehe malu pun de..tp dh org bg kn..amik ja la eik..rzki x baik tolak kn..hahaha..sapa la lg nk bg duit rya kn..lekaih2 tunggu ni..ehehe..hurm letih jgk laa bjln g raya..tp raya nye psal saggup ja kn..haha..balik ja mlm tu p rya dlu umah kawan depan umah tu ha..borak lama gak laa..lama x jmpa kn..diowg pon jrg nk balik..time2 raya cm gni ja la pon nk jumpa..adoi..pala pon dh penin idung pun dok slesema ja.. pas mkn ubt mau tdo saja.. hehe..
                               'SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN..'











Monday 29 August 2011

rindu..

Aku ingin engkau ada disini
menemaniku saat sepi
menemaniku saat gundah
berat hidup ini tanpa dirimu
ku hanya mencintai kamu
ku hanya memiliki kamu
aku rindu setengah mati kepadamu
sungguh ku ingin kau tahu
aku rindu setengah mati
meski tlah lama kita tak bertemu
ku slalu memimpikan kamu
ku tak bisa hidup tanpamu
aku rindu setengah mati kepadamu
sungguh ku ingin kau tahu
ku tak bisa hidup tanpamu
aku rindu…

kerana dirimu........

Adakalanya kita perlu diam, sepi tanpa bicara...
Kadang kala kita perlu senyum, biar hati terluka kerana mahu memberi bahagia...
Sesekali kita perlu berbicara manis, biar hati penuh dengan duka dan lara...
Seringkali kita seharusnya berlapang dada, kerana di sekeliling kita itu manusia, yang bisa juga lupa dan leka...
Selalunya kita harus belajar memberi maaf dari sudut hati yang paling dalam, kerana fitrah insan itu kadangkala melakukan sesuatu tanpa sedar...
Jangan pernah walau sesaat cuma, hati kita diulit oleh dengki dan kata-kata nista...
Kini aku semakin dewasa...
Aku mula merasa, aku mula belajar menerima...
Adakalanya hidup ini tak semudah, tak seindah yang dijangka...
Namun, doamu dan kata-kata hikmah bicaramu menjadi peneman setia...
Tatkala aku hampir rebah, kau hulur tanganmu tanpa sebarang keluh-kesah...
Seringkali juga aku hampir tersilap langkah, kau bisikkan daku kata-kata hikmah...
Adakalanya aku berduka, kau sapu segala air mata...
Tatkala aku lemah, kau sejukkan hatiku dengan janji-janji Allah...
Ketika aku hampir mengalah, kau berikan aku kekuatan...
Semuanya kau lakukan tanpa minta segala balasan...
Semuanya kau lakukan dek kerana cinta...
Cinta tanpa syarat...
Kerana aku amanahmu...
Dan engkau tanggungjawabku...
Semoga kasih antara kita...
Semoga sayang yang tercurah sentiasa...
Akan terus abadi selamanya..

Sunday 28 August 2011

untuk awak...

Untuk awak yang dah curi hati saya..

terima kasih sangat untuk segala-galanya yang awak berikan pada saya sepanjang sthn 5bln perkenalan kita. terima kasih awak sebab sudi menjenguk dan mengetuk pintu hati saya dan sudi mengisi kekosongan yang ada. terima kasih sebab bagi peluang untuk rasa disayangi dan menyayangi..

awak yang saya sayang,
awak lelaki istimewa kini di hati saya.awak satu satunya lelaki yang buat saya rasa selamat bilamana saya dengan awak.saya bahagia dengan awak..

awak yang istimewa di hati saya,
entah bila masanya perasaan yang selama ini saya cuba lupuskan kembali berputik semula..tetapi yang pasti,seperti ada sesuatu yang menarik perhatian saya pada diri awak.awak,perkenalan yang tanpa dirancang ini membuatkan saya benar benar teruja untuk terus meniti hari hari bahagia bersama awak.

awak,
walaupun saya tahu jalan yang bakal kita tempuhi ini telalu banyak likunya,terlalu sukar untuk kita lalui tapi percayalah,selagi ada awak disisi,selagi itu kaki ini akan terus melangkah bersama.saya tidak berani untuk menjanjikan apa apa demi masa depan kita berdua,tapi percayalah seperti yang selalu saya ucapkan,selagi kaki ini mampu berdiri,selagi jasad ini terus mampu melangkah ke depan,saya akan cuba untuk melangkah dan meniti hari hari mendatang bersama awak kerana saya sayangkan awak..sayangkan perhubungan yang telah terjalin ini..biar lah awk menjadi cinta terakhir saya..dan saya cinta terakhir dalam hidup awak..

afiq safwan,
saya sayang awak...
 
 

percaya padaku..

Aku tak tahu apa yang kurasakan
Dalam hatiku saat pertama kali
Lihat dirimu melihatmu
Seluruh tubuhku terpaku dan membisu
Detak jantungku berdetak tak menentu
Sepertinya aku tak ingin berlalu
Berikan cintamu juga sayangmu
Percaya padaku ku 'kan menjagamu
Hingga akhir waktu menjemputku
Ku berikan cintaku juga sayangku
Percaya padaku ku 'kan menjagamu
Hingga akhir waktu menjemputku
Saat ku tahu kau akan pergi jauh
Izinkan aku 'tuk selalu menatimu
Untuk katakan ku ingin dirimu
Agar kau tahu betapa ku terlalu
Mencintaimu aku akan menunggu
Hingga dirimu kembali untukku
Tolonglah aku bagaimana diriku
Ungkapkan itu rasa yang membelenggu
Dalam hatiku ku cinta padamu..

andai lelaki tahu..

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.

Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.

Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.

Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.

Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata,
“tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.

Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu
yang terbaik untuk anak2 anda.

bila.....

•.♥•Bila ALLAH Cepat mengabulkn Doa'mu, Maka DIA mnyayangi'mu.

•.♥•Bila ALLAH Lambat mengabulkn Doa'mu, Maka DIA ingin Menguji'mu (dlm kesabaran).

•.♥•Bila ALLAH Tdk mengabulkn Doa'mu, Maka DIA sedang Merancang Sesuatu yg Jauh Lebih Baik Untuk'Mu.
...
•.♥•Oleh karena itu,
Senantiasa'lah Ber'Prasangka Baik pd ALLAH dlm keadaan apapun juga.

•.♥•Karena Kasih Sayang ALLAH itu mendahului Kemurkaan~NYA.

tuhan sentiasa bersama mu..

alihkan mata mu ke laut..airnya cantik membiru..dan penuh dengan ketenangan..tapi hanya Allah saja yang tahu rahsia di dalam nya..

begitu juga dengan kehidupan manusia..riang ketawa..tapi hanya Allah yang tahu rahsia kehidupan nya..

jika rasa kecewa..pandanglah ke sungai..airnya tetap kan mengalir walau berjuta batu menghalang..

jika rasa sedih..pandang lah mata mu ke langit.. maka kau akan sedar bahawa Allah sentiasa bersamu..
















Saturday 27 August 2011

tuhan berikan aku cinta..

Walau aku senyum bukan berarti
Aku selalu bahagia dalam hari
Ada yang tak ada di hati ini
Di jiwa ini hampa
Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina
Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta
Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta
Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina
Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta
Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta




http://www.4shared.com/audio/hL-Su7k0/Ayusitha_-Tuhan_Berikan_Aku_Ci.html