renungkanlah..
wahai isteri..
pernikahan dan perkahwinan membuka tabir rahsia..
suami yg menikahi kamu..
tidaklah semulia Muhammad S.A.W.
tidaklah setaqwa Ibrahim..
pun tidak setabah Ayyub..
ataupun segagah Musa..
apalagi setampan yusuf..
justeru suami mu hanyalah lelaki akhir zaman..
yang punya cita-cita
membangun keturunan yang soleh
pernikahan atau perkahwinan
mengajar kita kewajiban bersama..
suami menjadi pelindung..
kamu penghuni nya..
suami adalah nakhoda kapal..
kamu pelayar nya..
saat suami menjadi raja..
kamu nikmati anggur singgah sana nya..
seketika suami menjadi bisa..
kamulah penawar ubatnya..
seandainya suami berkata-kata yang lancang..
sabarlah memperingatkannya..
pernikahan ataupun perkahwinan
mengajar kita perlunya iman dan taqwa..
untuk belajar meniti sabar dan redha Allah..
kerana memiliki suami yg tidak segagah mana..
justeru kamu kan tersentak dari alpa..
kamu bukanlah khadijah
yang begitu sempurna di dalam menjaga..
pun bukan lah hajar yang begitu setia dalam sengsara..
cuma wanita akhir zaman..
yang berusaha menjadi solehah..
No comments:
Post a Comment