Sunday, 28 August 2011

untuk awak...

Untuk awak yang dah curi hati saya..

terima kasih sangat untuk segala-galanya yang awak berikan pada saya sepanjang sthn 5bln perkenalan kita. terima kasih awak sebab sudi menjenguk dan mengetuk pintu hati saya dan sudi mengisi kekosongan yang ada. terima kasih sebab bagi peluang untuk rasa disayangi dan menyayangi..

awak yang saya sayang,
awak lelaki istimewa kini di hati saya.awak satu satunya lelaki yang buat saya rasa selamat bilamana saya dengan awak.saya bahagia dengan awak..

awak yang istimewa di hati saya,
entah bila masanya perasaan yang selama ini saya cuba lupuskan kembali berputik semula..tetapi yang pasti,seperti ada sesuatu yang menarik perhatian saya pada diri awak.awak,perkenalan yang tanpa dirancang ini membuatkan saya benar benar teruja untuk terus meniti hari hari bahagia bersama awak.

awak,
walaupun saya tahu jalan yang bakal kita tempuhi ini telalu banyak likunya,terlalu sukar untuk kita lalui tapi percayalah,selagi ada awak disisi,selagi itu kaki ini akan terus melangkah bersama.saya tidak berani untuk menjanjikan apa apa demi masa depan kita berdua,tapi percayalah seperti yang selalu saya ucapkan,selagi kaki ini mampu berdiri,selagi jasad ini terus mampu melangkah ke depan,saya akan cuba untuk melangkah dan meniti hari hari mendatang bersama awak kerana saya sayangkan awak..sayangkan perhubungan yang telah terjalin ini..biar lah awk menjadi cinta terakhir saya..dan saya cinta terakhir dalam hidup awak..

afiq safwan,
saya sayang awak...
 
 

No comments:

Post a Comment