Thursday 19 January 2012

20 januari 2012

lama nyer x update blog ni..
badmood ja rs..
urmm..
jiwa lara..
oh hati bersabarlah...

Wednesday 19 October 2011

epi bzday to me..!

epi bzday to me..
epi bzday to me..
epi bzday to me..
epi bzday to me..
hahaha..

Sunday 16 October 2011

di hati ku...

untaian kata mesra
dan seribu puisi yang kupunya
x mampu menyaingi indah wajahmu..
kau adalah keindahan 
yang menghiasi duniaku..
memandangmu..
aku berharap waktu berhenti..
menyentuhmu..
seperti menyentuh sesuatu yang rapuh..
tapi sangat berharga..
kau adalah jejak..
yang mengiringi langkah ku..
kau adalah detak 
yang iringi jantungku..
kau adalah air mata
yang mengiringi tangisku ..
kau ada dihatiku..
dan selamanya selalu di hatiku..

Sunday 9 October 2011

Ya اَللّهُ

Pimpinlah Aku
Tuhan! Jika aku masih boleh sujud kepada-Mu,
Menunjukkan Engkau masih memanggil aku,
Engkau masih lagi membenarkan aku membesarkan-Mu,
Cuma aku sahaja tidak pandai beradab dengan-Mu,
Aku hamba-Mu memang tidak pandai beradab dengan-Mu,
Di dalam tidak pandai beradab pun,
Engkau masih sudi menjemput aku,
Begitulah rahmat dan kasih sayang-Mu,
Hanya aku sahaja tidak pandai menerima rahmat-Mu itu,
Tuhan! Ajarkanlah aku lagi bagaimana beradab dengan-Mu,
Agar aku dapat bersopan sesuai dengan kebesaran-Mu,
Aku takut setiap kali aku menyembah-Mu,
Aku derhaka dengan-Mu tanpa disedari,
Tuhan! Ampunkanlah aku,kalau aku tidak pandai membesarkan-Mu,
Maafkanlah aku jika aku tidak pandai beradab dengan-Mu,
Begitulah aku hamba-Mu yang lemah lagi hina ini,
Selalu sahaja tidak beradab dengan-Mu,
Kerana itu janganlah sampai,
Engkau putuskan hubunganku dengan-Mu,
Teruslah Engkau panggil aku mengadap-Mu,
Aku pula cuba membaiki hubunganku dengan-Mu,
Pimpinlah aku lagi agar aku pandai membesarkan-Mu.

muhasabah diriku..

termenung aku mengimbau masa lalu,
Mengamati rentetan kehidupan,
Mencari secangkir sinar keluhuran,
Buat bekalan di akhir penantian masa.
Menapak aku di bumi-Mu ini dengan penuh leka,
Lalai aku dalam menunaikan tanggungjawab,
Aku cuba bertahan di pasak kesabaran,
Tetapi rapuh dihempas taufan kehancuran.
Setiap detik yang mendatang menyentap benakku,
Mampukah aku meneruskan perjalanan,
Meredah belukar kebal duniawi,
Agar aku bertahan sehingga ke laluan kemanisan ukhrawi.
Ya Allah yang Maha Mendengar,
Berikanlah aku cahaya petunjuk-Mu,
Pandulah aku yang masih buta di dalam cahaya,
Masih teraba-raba di laluan yang rata.
Ampunkanlah segala dosaku Ya Rabbi,
Hanya Engkaulah yang Maha Pengampun,
Kurniakan aku kemanisan Cinta-Mu,
Agar aku diizinkan mencium haruman syurga-Mu.

kisah pertunanganku..

Pada 19 0ktober yang lalu, aku telah dikhitbahkan dengan seorang hamba Allah. 
Selama ini, aku tidak pernah mengharapkan insan itu.
Namun, hari ini dia telah menjadi tunangku. 
Seorang wanita yang sederhana mendapat lelaki yang sangat taat pada Tuhannya? 
Bukankah itu adalah satu bonus buatku?
Setiap hari, walaupun kami tidak pernah berkomunikasi sama ada berhubung melalui telefon bimbit, 
email ataupun berjumpa, namun dirinya tetap setia denganku.
Begitu juga dengan diriku. 
Tidak pernah sesekali untuk aku berubah hati mencintai orang lain selain dari dirinya. 
Masya-Allah.
Siapa dirinya?
Setiap hari, apabila mengingati dirinya, aku terus-menerus sentiasa ingatkan Allah. 
Apabila teringatkan dirinya,
aku bersemangat untuk mengisi masa lapangku dengan beribadah kepada Allah
tidak kira siang ataupun malam.
Apa yang ada padanya?
Semakin kuat untuk sahabat mengenalinya bukan?
Seperti yang saya katakan, dialah seorang hamba Allah yang sangat taat kepada-Nya. 
Kadangkala aku terasa takut dan gementar menunggu masa untuk kami dinikahkan.
Mungkinkah esok?
Mungkinkah bulan hadapan?
Ataupun mungkinkah tahun hadapan?
Masya-Allah, 
Allah sahaja yang mengetahui perasaan aku.
Masih mencari siapa gerangan tunanganku?
10 saat untuk kamu berfikir dan cuba teka...
Masa sudah tamat, tiada?
Dialah malaikat IZRAIL...
19 Oktober 1989 yang lalu,
aku dilahirkan dan langsung aku bertunang dengannya. 
Tanpa aku minta.
Dialah hamba Allah yang sangat taat kepada Allah, 
berzikir tidak henti-henti memuji Allah dan mematuhi segala arahan Allah.
Entah bila malaikat Izrail datang mengambil nyawaku, 
esok?
Minggu hadapan? 
Bulan hadapan? 
Tahun hadapan?
Oleh sebab itu, aku sangat takut dan gementar akan kehadirannya.
Oleb sebab itu juga, apabila teringat akan bila tarikh keramat itu, 
aku sibukkan diri kepada Allah, 
membuat persiapan untuk hari yang mendatang.
"Ya Allah, aku mohon matikanlah aku dalam pengakhiran yang baik, 
dan jauhilah aku dari pengakhiran yang buruk."
Amin Ya Rabbal alamin...

Friday 30 September 2011

Ya اَللّهُ


Ya اَللّهُ, mengapa wanita sering menangis?

Jwbnya: Kerana wanita itu unik.
Aku ciptakan ia sbg makhluk istimewa,

... *KU kuatkan bahunya utk menjaga anak2nya,
*KU lembutkan hatinya utk memberi rasa aman,
*KU kuatkan rahimnya utk menyimpan benih manusia,
*KU teguhkan peribadinya utk terus berjuang saat yg lain menyerah,
*KU beri dia naluri utk mencintai anak2 dlm keadaan apapun,
*KU kuatkan batinnya utk ttp menyayangi walau dikhianati oleh teman, walau disakiti oleh "orang" yang ia sayangi

Wanita mahluk kuat, tapi jika satu saat dia menangis itu kerana KU beri dia air mata utk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru.

"WANITA..KAMU ISTIMEWA"